Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعمَ العبدُ صُهَيْبٌ ، لَو لَم يخَفِ اللَّهَ لم يعصِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik hamba ialah Suhaib. Jika dia tidak takutkan Allah pun dia tetap tidak bermaksiat kepada-Nya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1794, hadis no. 9045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) نعم العبد صهيب، لو لم يخف الله لم يعصه. [((الضعيفة)) (1006)]
(Tiada Asal Baginya) Sebaik-baik hamba ialah Suhaib. Jika dia tidak takutkan Allah pun dia tetap tidak bermaksiat kepada-Nya. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1006]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman