Sebaik-baik hamba Allah SWT adalah Suhaib

TEKS BAHASA ARAB

نعم العبد صهيب لو لم يخف الله لم يعصه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik hamba Allah SWT adalah Suhaib, seandainya dia tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan melakukan maksiat kepadaNya (yang dimaksudkan adalah dia mentaati Allah kerana cinta bukan kerana takut akan hukuman-Nya).

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 202, hadis nombor 385. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له كما صرح به الحفاظ.

Tiada asal baginya seperti yang dijelaskan tentangnya oleh para Huffaz.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs