Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعْمَ الْعَبْدُ صُهَيْبٌ لَوْ لَمْ يَخْفِ اللَّهَ لَمْ يَعْصِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik hamba Allah SWT adalah Suhaib, seandainya dia tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan melakukan maksiat kepadaNya (yang dimaksudkan adalah dia mentaati Allah kerana cinta bukan kerana takut akan hukuman-Nya).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 202, hadis no. 385. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له كما صرح به الحفاظ.
Tiada asal baginya seperti yang dijelaskan tentangnya oleh para Huffaz.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman