TEKS BAHASA ARAB
حديث: نعم العبد صهيب، لو لم يخف الله لم يعصه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sebaik-baik hamba adalah Suhaib, jika dia tidak takut kepada Allah, dia tidak akan menderhakai-Nya.
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 409, hadis nombor 159. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السيوطي: لم نظفر به في شيء من كتب الحديث. قال ابن حجر: إنه ظفر به لابن قتيبة، لكن بغير سند.
Al-Suyuti berkata: Kami tidak menjumpainya dalam apa-apa kitab hadith.
Ibn Hajar berkata: Sanad tersebut ditemui oleh Ibn Qutaibah tetapi tanpa sanad.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.