Sebaik-baik golongan dalam kalangan umat ini adalah golongan fakir

TEKS BAHASA ARAB

خير هذه الأمة فقراؤها، وأسرعها تضجعا في الجنة ضعفاؤها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik golongan dalam kalangan umat ini adalah golongan fakir miskin. Dan yang paling cepat berehat-rehat di syurga ialah golongan yang lemah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2047, hadis nombor 10299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زياد أبي النضر الجعفي عن أبيه أو جده أو عمه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيرُ هذِه الأمَّةِ فُقَراؤُها، وأسرعُها تضجُّعًا في الجنَّةِ ضُعَفاؤُها.
[الدولابي، ((الضعيفة)) (5729)]

(Lemah)
Daripada Ziad Abu al-Nadhr al-Ju’fi, daripada ayahnya atau datuknya atau bapa saudaranya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik golongan dalam kalangan umat ini adalah golongan fakir miskin. Dan yang paling cepat berehat-rehat di syurga ialah golongan yang lemah.
[Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5729]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs