Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ هذِه الأمَّةِ فُقَراؤُها، وأسرعُها تضجُّعًا في الجنَّةِ ضُعَفاؤُها.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik golongan dalam kalangan umat ini adalah golongan fakir miskin. Dan yang paling cepat berehat-rehat di syurga ialah golongan yang lemah.
Sahabat Perawi
- Bapa atau datuk atau bapa saudara kepada Ziad Abu al-Nadhr al-Ju’fi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2047, hadis no. 10299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زياد أبي النضر الجعفي عن أبيه أو جده أو عمه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيرُ هذِه الأمَّةِ فُقَراؤُها، وأسرعُها تضجُّعًا في الجنَّةِ ضُعَفاؤُها. [الدولابي، ((الضعيفة)) (5729)]
(Lemah) Daripada Ziad Abu al-Nadhr al-Ju’fi, daripada ayahnya atau datuknya atau bapa saudaranya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik golongan dalam kalangan umat ini adalah golongan fakir miskin. Dan yang paling cepat berehat-rehat di syurga ialah golongan yang lemah. [Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5729]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman