Sebaik-baik daripada kalian ialah yang paling baik terhadap isteri dan anak perempuannya

TEKS BAHASA ARAB

خيركم خيركم لنسائه وبناته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik daripada kalian ialah yang paling baik terhadap isteri dan anak perempuannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 962, hadis nombor 4964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بذكر "البنات")
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: خيركم خيركم لنسائه وبناته.
[عد، هب، ((الضعيفة)) (6184)].

(Palsu dengan lafaz البنات)
Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sebaik-baik daripada kalian ialah yang paling baik terhadap isteri dan anak perempuannya.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afaa dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6184].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.