Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُكم خيرُكم لنسائِه وبناتِه.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik daripada kalian ialah yang paling baik terhadap isteri dan anak perempuannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 962, hadis no. 4964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بذكر "البنات") عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: خيركم خيركم لنسائه وبناته. [عد، هب، الضعيفة (6184)].
(Palsu dengan lafaz البنات) Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sebaik-baik daripada kalian ialah yang paling baik terhadap isteri dan anak perempuannya. [Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afaa dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6184].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman