TEKS BAHASA ARAB
حديث: "عليكم بالمرازمة" قيل: "وما المرازمة؟" قال: "أكل الخبز مع العنب فإن خير الفاكهة العنب وخير الطعام الخبز".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Hendaklah kamu makan secara murazamah, dikatakan: Apakah itu murazamah? Baginda bersabda: Makan roti berserta anggur, kerana sesungguhnya sebaik-baik buah adalah anggur, dan sebaik-baik makanan adalah roti.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 160, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وقال موضوع.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi SAW), Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.