Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "عليكم بالمرازمة" قيل: "وما المرازمة؟" قال: "أكل الخبز مع العنب فإن خير الفاكهة العنب وخير الطعام الخبز".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Hendaklah kamu makan secara murazamah, dikatakan: Apakah itu murazamah? Baginda bersabda: Makan roti berserta anggur, kerana sesungguhnya sebaik-baik buah adalah anggur, dan sebaik-baik makanan adalah roti.
Sahabat Perawi
- Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 160, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وقال موضوع.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi SAW), Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman