Sebaik-baik binatang korban ialah anak biri-biri (yang berusia lapan atau sembilan bulan)

TEKS BAHASA ARAB

نعم أو نعمت الأضحية الجذع من الضأن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik binatang korban ialah anak biri-biri (yang berusia lapan atau sembilan bulan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388, hadis nombor 2062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي كباش، قال: جلبت غنما جذعانا إلى المدينة، فكسدت علي، فلقيت أبا هريرة، فسألته؟ فقال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «نِعْمَ أَوْ نِعْمَتِ الْأُضْحِيَةُ الجَذَعُ مِنَ الضَّأْنِ». [ت، هق، حم، «الضعيفة» (64)].

(Lemah) Daripada Abu Kibash beliau berkata: Aku membawa anak biri-biri ke Madinah tetapi ia tidak terjual. Lalu aku bertemu dengan Abu Hurairah lalu aku bertanya kepadanya, lantas beliau menjawab: Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik binatang korban ialah anak biri-biri (yang berusia lapan atau sembilan bulan)". [Riwayat al-Tirmizi, al-Bayhaqi dan Ahmad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 64].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs