Sebaik-baik anak muda kamu adalah mereka yang menyerupai orang-orang tua kamu

TEKS BAHASA ARAB

خير شبابكم من تشبه بكهولكم، وشر كهولكم من تشبه بشبابكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik anak muda kamu adalah mereka yang menyerupai orang-orang tua kamu. Dan seburuk-buruk orang tua kamu adalah mereka yang menyerupai anak-anak muda kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 63, hadis nombor 281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((خير شبابكم من تشبه بكهولكم، وشر كهولكم من تشبه بشبابكم)). [روي من حديث واثلة بن الأسقع، وأنس بن مالك، وعبد الله بن عباس-رضي الله عنهم-]. [ع، تمام، ابن عساكر، ابن شاهين، الدينوري، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، هق، عد، أبو علي الهروي في ((الفوائد))، ابن الديباجي في ((الفوائد المنتقاة))، القضاعي، ((الضعيفة)) (3575)].

(Lemah)
((Sebaik-baik anak muda kamu adalah mereka yang menyerupai orang-orang tua kamu. Dan seburuk-buruk orang tua kamu adalah mereka yang menyerupai anak-anak muda kamu.))
[Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Tammām dalam al-Fawā’id, Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq, Ibn Sḥāhīn dalam al-Targhīb, al-Daynūrī dalam al-Mujālasah, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Sunan al-Kubrā, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Abū ‘Alī al-Harawī dalam al-Fawā’id, Ibn al-Dībājī dalam al-Fawā’id al-Muntaqāh, al-Quḍā’ī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3575].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs