Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ شبابِكم من تَشَبَّه بكُهُولِكُم، وشَرُّ كُهُولِكُم من تَشَبَّه بشبابِكُم.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik anak muda kamu adalah mereka yang menyerupai orang-orang tua kamu. Dan seburuk-buruk orang tua kamu adalah mereka yang menyerupai anak-anak muda kamu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 63, hadis no. 281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) ((خير شبابكم من تشبه بكهولكم، وشر كهولكم من تشبه بشبابكم)). [روي من حديث واثلة بن الأسقع، وأنس بن مالك، وعبد الله بن عباس-رضي الله عنهم-]. [ع، تمام، ابن عساكر، ابن شاهين، الدينوري، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، هق، عد، أبو علي الهروي في ((الفوائد))، ابن الديباجي في ((الفوائد المنتقاة))، القضاعي، ((الضعيفة)) (3575)].
(Daif) ((Sebaik-baik anak muda kamu adalah mereka yang menyerupai orang-orang tua kamu. Dan seburuk-buruk orang tua kamu adalah mereka yang menyerupai anak-anak muda kamu.)) [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Tamām dalam al-Fawā’id, Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq, Ibn Sḥāhīn dalam al-Targhīb, al-Daynūrī dalam al-Mujālasah, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Sunan al-Kubrā, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Abū ‘Alī al-Harawī dalam al-Fawā’id, Ibn al-Dībājī dalam al-Fawā’id al-Muntaqāh, al-Quḍā’ī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3575].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman