Sebaik-baik amalan di sisi Allah: Keimanan tanpa keraguan padanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل الأعمال عند الله: إيمان لا شك فيه، وغزو لا غلول فيه، وحج مبرور. قال أبو هريرة: حجة مبرورة تكفر الخطايا سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik amalan di sisi Allah: Keimanan tanpa keraguan padanya, peperangan tanpa khianat padanya dan haji yang mabrur. Abū Hurairah berkata: Haji yang mabrur menghapuskan dosa-dosa (selama) setahun.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini dan ucapan Abū Hurairah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 533, hadis nombor 2822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ وقول أبي هريرة) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «أفضل الأعمال عند الله: إيمان لا شك فيه، وغزو لا غلول فيه، وحج مبرور. قال أبو هريرة: حجة مبرورة تكفر الخطايا سنة». [الطيالسي، حب، حم، «الضعيفة» (6367)].

(Munkar Dengan Lafaz Ini dan Ucapan Abū Hurairah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik amalan di sisi Allah: Keimanan tanpa keraguan padanya, peperangan tanpa khianat padanya dan haji yang mabrur". Abū Hurairah berkata: "Haji yang mabrur menghapuskan dosa-dosa (selama) setahun". [Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6367].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.