Munkar dengan lafaz ini dan ucapan Abū Hurairah

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik amalan di sisi Allah: Keimanan tanpa keraguan padanya

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الأعمالِ عند اللهِ: إيمانٌ لا شكَّ فيه، وغزوٌ لا غلولَ فيه، وحجٌّ مبرورٌ. قال أبو هريرةَ: حجَّةٌ مبرورةٌ تُكفِّرُ الخطايا سَنَةً.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik amalan di sisi Allah: Keimanan tanpa keraguan padanya, peperangan tanpa khianat padanya dan haji yang mabrur. Abū Hurairah berkata: Haji yang mabrur menghapuskan dosa-dosa (selama) setahun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan lafaz ini dan ucapan Abū Hurairah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 533, hadis no. 2822.

(منكر بهذا اللفظ وقول أبي هريرة) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «أفضل الأعمال عند الله: إيمان لا شك فيه، وغزو لا غلول فيه، وحج مبرور. قال أبو هريرة: حجة مبرورة تكفر الخطايا سنة». [الطيالسي، حب، حم، «الضعيفة» (6367)].

(Munkar Dengan Lafaz Ini dan Ucapan Abū Hurairah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik amalan di sisi Allah: Keimanan tanpa keraguan padanya, peperangan tanpa khianat padanya dan haji yang mabrur". Abū Hurairah berkata: "Haji yang mabrur menghapuskan dosa-dosa (selama) setahun". [Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6367].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.