Sebaik-baik amalan adalah yang bermanfaat, sebaik-baik hidayah adalah apa yang mengikuti (Nabi) dan sebaik-baik yang yang dicampak ke dalam hati adalah keyakinan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خير العمل ما نفع، وخير الهدي ما اتبع، وخير ما ألقي في القلب اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik amalan adalah yang bermanfaat, sebaik-baik hidayah adalah apa yang mengikuti (Nabi) dan sebaik-baik yang yang dicampak ke dalam hati adalah keyakinan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 521, hadis nombor 2765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زید بن خالد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «خَيْرُ العَمَلِ مَا نَفَعَ، وَخَيْرُ الهَدْي مَا اتُّبِعَ، وَخَيْرُ مَا أُلْقِيَ فِي القَلْبِ اليَقِينُ». [القضاعي، «الضعيفة» (5641)].

(Lemah) Daripada Zayd bin Khalid RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik amalan adalah yang bermanfaat, sebaik-baik hidayah adalah apa yang mengikuti (Nabi) dan sebaik-baik yang yang dicampak ke dalam hati adalah keyakinan".[Riwayat al-Qada'i dalam Musnad al-Syihab. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5641].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.