Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik amalan adalah ilmu tentang Allah

Teks Bahasa Arab

أفْضَلُ الأَعْمالِ العِلْمُ بالله إِنَّ العِلْمَ يَنْفَعُكَ مَعَهُ قَلِيلُ العَمَلِ وَكَثِيرُهُ وإِنَّ الجَهْلَ لَا يَنْفَعُكَ مَعَهُ قَلِيلُ العَمَلِ وَلَا كَثِيرُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik amalan adalah ilmu tentang Allah. Sesungguhnya ilmu itu akan memberikan manfaat kepada kamu, sekalipun bersamanya amalan yang sedikit atau banyak. Sedangkan kejahilan pula tidak akan memberikan manfaat kepada kamu sekalipun bersamanya amalan yang sedikit ataupun banyak.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 19, hadis no. 81. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah antara hadith-hadith yang telah dinilai sebagai palsu oleh penulis (al-Suyuti) dalam Zail al-Mawdhu'at. Kemudian, setelah itu beliau mendakwa bahawa hadith tersebut tidak diriwayatkan secara bersendirian oleh perawi pendusta. Hadith tersebut juga telah dikeluarkan oleh Ibn 'Abd al-Bar dalam kitab al-'Ilm dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, ia palsu secara pasti.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.