Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعمَ المذَكِّرُ السِّبحَةُ وإنَّ أفضلَ ما يُسجَدُ علَيهِ الأرضُ ، وما أنبتَتهُ الأرضُ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik alat zikir adalah tasbih dan tempat sujud paling utama adalah bumi dan apa yang bumi tumbuhkan.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406, hadis no. 7129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: نعم المذكر السبحة، وإن أفضل ما يسجد عليه الأرض، وما أنبتته الأرض. [فر، ((الضعيفة)) (83)]
(Palsu) Daripada 'Ali RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik alat zikir adalah tasbih dan tempat sujud paling utama adalah bumi dan apa yang bumi tumbuhkan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 83]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman