Sebaik-baik al-Ribāṭ (menjaga perbatasan dalam jihad)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل الرباط انتظار الصلاة، ولزوم مجالس الذكر، وما من عبد يصلي ثم يقعد في مقعده إلا لم تزل الملائكة تصلي عليه حتى يحدث أو يقوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik al-Ribāṭ (menjaga perbatasan dalam jihad) adalah menunggu (waktu) solat dan melazimi majlis-majlis zikir. Tidaklah seseorang hamba yang menunaikan solat, kemudian dia duduk di tempat duduknya, melainkan malaikat berterusan berselawat kepadanya sehinggalah dia berhadas atau dia bangun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1442, hadis nombor 7330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: أفضل الرباط انتظار الصلاة، ولزوم مجالس الذكر، وما من عبد يصلي ثم يقعد في مقعده إلا لم تزل الملائكة تصلي عليه حتى يحدث أو يقوم.
[الطيالسي، ((الضعيفة)) (2854)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik al-Ribāṭ (menjaga perbatasan dalam jihad) adalah menunggu (waktu) solat dan melazimi majlis-majlis zikir. Tidaklah seseorang hamba yang menunaikan solat, kemudian dia duduk di tempat duduknya, melainkan malaikat berterusan berselawat kepadanya sehinggalah dia berhadas atau dia bangun.
[Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2854]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.