TEKS BAHASA ARAB
أفضل القرآن: سورة البقرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik al-Quran adalah surah al-Baqarah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis nombor 7970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن الحسن-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أفضل القرآن: سورة البقرة)). [ابن الضريس، الحارث، ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (7035))].
(Munkar)
Daripada al-Hasan, beliau berkata: baginda SAW bersabda: “Sebaik-baik al-Quran adalah surah al-Baqarah”. [Riwayat Ibn al-Dharis, al-Harith, Ibn Nasr dalam Kitab Qiyam al-Lail, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7035].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.