Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرَ الماءِ الشَّبِمُ، وخيرَ المالِ الغنَمُ، وخيرَ المرعى الأراكُ والسَّلمُ إذا أَخلَفَ كانَ لَجينًا، وإذا سقطَ كانَ دَرينًا، وإذا أُكِلَ كانَ لَبينًا.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik air ialah air sejuk, sebaik-baik harta pula ialah kambing dan sebaik-baik makanan kembala ialah pohon al-Arak dan pohon al-Salam yang apabila dibiarkan ia akan kering dan gugur, dan apabila gugur ia akan berderai dan apabila dimakan ia memberi susu yang banyak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 393-394, hadis no. 2100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عباس - رضي الله عنهما - أنه قال: شتاؤنا ربيع، وماؤنا يميع أو يريع لا يقام ماتحها، ولا يحسر صابحها، ولا يعزب سارحها، فقال رسول الله ﷺ: «إن خير الماء الشبم، وخير المال الغنم، وخير المرعى الأراك والسلم إذا أخلف كان لجينا، وإذا سقط كان درينا، وإذا أكل كان لبينا». [ابن قتيبة في «غريب الحديث»، فر، «الضعيفة» (1773)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa beliau berkata: Musim sejuk kami ialah musim bunga, air kami mengalir atau datang kembali, (sehingga) orang yang ingin mengambilnya tidak boleh mendapatkannya, namun mudah pula bagi orang yang ingin mendapatkannya di pagi hari dan limpahannya juga tidak menghilang. Rasulullah ﷺ lalu bersabda: "Sebaik-baik air ialah air sejuk, sebaik-baik harta pula ialah kambing dan sebaik-baik makanan kembala ialah pohon al-Arak dan pohon al-Salam yang apabila dibiarkan ia akan kering dan gugur, dan apabila gugur ia akan berderai dan apabila dimakan ia memberi susu yang banyak". [Riwayat Ibn Qutaybah dalam Gharib al-Hadith dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1773].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman