Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sebahagian kubur yang digali

Teks Bahasa Arab

نِصْفُ مَا يُحْفَرُ لأُمَّتِي مِنَ الْقُبُورِ مِنَ العَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Sebahagian kubur yang digali untuk umatku adalah kerana penyakit ain.

Sahabat Perawi

  1. Asma' binti 'Umais RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 76, hadis no. 439. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut dengan lafaz ini adalah batil, yang sabit hanyalah: Kebanyakan yang mati dalam kalangan umatku selepas qadak dan qadar Allah adalah kerana penyakit 'ain. Diriwayatkan oleh al- Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tahawi dalam Mushkil al- Athar, al-Bazzar dalam al-Musnad beliau dan lain-lain. Ia telah dinilai sahih oleh al-Dhiya' dalam al-Mukhtarah dan dinilai hasan oleh al-Hafiz dalam al-Fath.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.