Sebahagian kebaikan dan keburukan seseorang hamba akan diqisaskan dengan sebahagian yang lain

TEKS BAHASA ARAB

يؤتى بحسنات العبد وسيئاته، فيقتص بعضها ببعض، فإن بقيت حسنة؛ وسع الله له في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan seseorang hamba akan dibawakan, sebahagiannya akan diqisaskan dengan sebahagian yang lain. Jika masih ada kebaikan, Allah perluaskan untuknya dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361 – 1362, hadis nombor 6943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يؤتى بحسنات العبد وسيئاته، فيقتص بعضها ببعض، فإن بقيت حسنة؛ وسع الله له في الجنة.
[تخ، ابن جرير، طب، ((الضعيفة)) (5430)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan seseorang hamba akan dibawakan, sebahagiannya akan diqisaskan dengan sebahagian yang lain. Jika masih ada kebaikan, Allah perluaskan untuknya dalam syurga.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Jarir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5430]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs