Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يؤتى بحسناتِ العبدِ وسيئاتِه، فيقتصُّ بعضُها ببعضٍ، فإن بقيتْ حسنةٌ؛ وسَّع اللهُ له في الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan seseorang hamba akan dibawakan, sebahagiannya akan diqisaskan dengan sebahagian yang lain. Jika masih ada kebaikan, Allah perluaskan untuknya dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361 - 1362, hadis no. 6943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يؤتى بحسنات العبد وسيئاته، فيقتص بعضها ببعض، فإن بقيت حسنة؛ وسع الله له في الجنة. [تخ، ابن جرير، طب، ((الضعيفة)) (5430)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan seseorang hamba akan dibawakan, sebahagiannya akan diqisaskan dengan sebahagian yang lain. Jika masih ada kebaikan, Allah perluaskan untuknya dalam syurga. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Jarir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5430]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman