Sebahagian ilmu itu seperti sesuatu yang tersembunyi, tidak ada yang mengetahuinya

TEKS BAHASA ARAB

إن من العلم كهيئة المكنون لا يعرفه إلا العلماء بالله، فإذا نطقوا به لم ينكره إلا أهل الغرة بالله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebahagian ilmu itu seperti sesuatu yang tersembunyi, tidak ada yang mengetahuinya kecuali ulama yang ikhlas kerana Allah. Apabila mereka berbicara, tidak ada yang mengingkarinya kecuali orang-orang yang menipu terhadap Allah ‘azza wa jalla.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1233-1234, hadis nombor 6286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن من العلم كهيئة المكنون لا يعرفه إلا العلماء بالله، فإذا نطقوا به لم ينكره إلا أهل الغرة بالله عز وجل.
[السلمي في ((الأربعين الصوفية))، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (870)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya sebahagian ilmu itu seperti sesuatu yang tersembunyi, tidak ada yang mengetahuinya kecuali ulama yang ikhlas kerana Allah. Apabila mereka berbicara, tidak ada yang mengingkarinya kecuali orang-orang yang menipu terhadap Allah ‘azza wa jalla.
[Riwayat al-Sulami dalam al-Arba'in al-Sufiyyah, Abu 'Uthman al-Bahiriy dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 870].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.