Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن من العلمِ كهيئةِ المكنونِ، لا يَعْرِفُه إلا العلماءُ باللهِ، فإذا نطقوا به؛ لم يُنْكِرْهُ إلا أهلُ الغِرَّةِ باللهِ عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sebahagian ilmu itu seperti sesuatu yang tersembunyi, ia tidak diketahui melainkan ulama yang ikhlas kerana Allah. Apabila mereka menyebutkannya, tidak ada yang mengingkarinya melainkan orang yang lalai kepada Allah 'azza wa jalla.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis no. 6579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن من العلم كهيئة المكنون، لا يعرفه إلا العلماء بالله، فإذا نطقوا به؛ لم ينكره إلا أهل الغرة بالله عز وجل. [السلمي في ((الأربعين في أخلاق الصوفية))، ((الضعيفة)) (5116)]
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya sebahagian ilmu itu seperti sesuatu yang tersembunyi, ia tidak diketahui melainkan ulama yang ikhlas kerana Allah. Apabila mereka menyebutkannya, tidak ada yang mengingkarinya melainkan orang yang lalai kepada Allah 'azza wa jalla. [Riwayat al-Sulami dalam al-Arba'in Fi Akhlaq al-Sufiyyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5116]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman