Sebagus-bagus manusia ialah manusia yang paling berakal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الأحمق يصيب بحمقه أعظم من فجور الفاجر وإنما يرتفع العباد غدا في الدرجات وينالون الزلفى من ربهم على قدر عقولهم، ومنها: أفضل الناس أعقل الناس، ومنها: قيل يا رسول الله، ما أعقل هذا النصراني؟ فزجره فقال مه إن العاقل من عمل بطاعة الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang bodoh dengan kebodohannya lebih mulia daripada kejahatan orang-orang yang berdosa. Dan sesungguhnya hamba-hamba pada esok hari nanti akan meningkat dalam darjat-darjat dan mereka akan sampai hampir dengan tuhan mereka bergantung pada akal-akal mereka. Antaranya juga, “Sebagus-bagus manusia ialah manusia yang paling berakal”. Antaranya juga, “Dikatakan: Ya Rasulullah! Alangkah sangat cerdiknya orang Kristian ini. Lalu baginda membantahnya dan berkata: Cukup! Sesungguhnya orang yang berakal ialah siapa yang beramal dengan taat kepada Allah”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 256, hadis nombor 456. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي الذيل أيضا، أخرج الحارث بن أبي أسامة في مسنده، عن داود بن المحبر بضعا وثلاثين حديثا، قال العسقلاني: كلها موضوعة، منها: إن الأحمق يصيب بحمقه أعظم من فجور الفاجر وإنما يرتفع العباد غدا في الدرجات وينالون الزلفى من ربهم على قدر عقولهم، ومنها: أفضل الناس أعقل الناس، ومنها: قيل يا رسول الله، ما أعقل هذا النصراني؟ فزجره فقال مه إن العاقل من عمل بطاعة الله.

Dan dalam kitab al-Zayl juga (dinukilkan bahawa) al-Harith bin Abi Usamah telah merekodkan di dalam musnadnya, daripada Dawud bin al-Muhabbar kira-kira tiga puluh lebih hadis, kata al-Asqalani: Semuanya palsu. Antaranya, “Sesungguhnya orang yang bodoh dengan kebodohannya lebih mulia daripada kejahatan orang-orang yang berdosa. Dan sesungguhnya hamba-hamba pada esok hari nanti akan meningkat dalam darjat-darjat dan mereka akan sampai hampir dengan tuhan mereka bergantung pada akal-akal mereka”. Antaranya juga, “Sebagus-bagus manusia ialah manusia yang paling berakal”. Antaranya juga, “Dikatakan: Ya Rasulullah! Alangkah sangat cerdiknya orang Kristian ini. Lalu baginda membantahnya dan berkata: Cukup! Sesungguhnya orang yang berakal ialah siapa yang beramal dengan taat kepada Allah”.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.