TEKS BAHASA ARAB
كما لا ينفع مع الشرك شيء كذلك لا يضر مع الإيمان شيء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebagaimana sesuatu yang bersama syirik tidak akan ada apa-apa yang dapat memberikan manfaat, demikian juga sesuatu yang bersama iman tidak akan ada apa-apa yang dapat memberikan mudarat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 64, hadis nombor 356. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Para huffaz berkata: Palsu, saya pula berkata: Asas syarak dan hadith-hadith sahih kesemuanya menyanggahi hadith tersebut. Telah sabit bahawa orang yang melakukan maksiat boleh mendapat mudarat sekalipun ada iman dan neraka akan dimasukkan ke dalamnya segolongan manusia yang melakukan maksiat kerana dosa-dosa mereka dan mereka akan dikeluarkan daripada neraka kerana iman mereka, maka di manakah tidak ada mudaratnya?
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.