Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَمَا لَا يَنْفَعُ مَعَ الشِّرْكِ شَيْءٌ كَذَلِكَ لاَ يَضُرُّ مَعَ الإِيمَانِ شَيْءٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sebagaimana sesuatu yang bersama syirik tidak akan ada apa-apa yang dapat memberikan manfaat, demikian juga sesuatu yang bersama iman tidak akan ada apa-apa yang dapat memberikan mudarat.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 64, hadis no. 356. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Para huffaz berkata: Palsu, saya pula berkata: Asas syarak dan hadith-hadith sahih kesemuanya menyanggahi hadith tersebut. Telah sabit bahawa orang yang melakukan maksiat boleh mendapat mudarat sekalipun ada iman dan neraka akan dimasukkan ke dalamnya segolongan manusia yang melakukan maksiat kerana dosa-dosa mereka dan mereka akan dikeluarkan daripada neraka kerana iman mereka, maka di manakah tidak ada mudaratnya?
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman