Sebagaimana kamu mula-mula diciptakan, kamu akan dikembalikan kepada rupa asal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يمسخ خلقا كثيرا في البر والبحر، وإن الرجل ليخلو بشيء من محارم الله فراراً من الناس، وهو بعين الله، فيقول الله: استهانة بي، وفراراً من الناس؟! ‌فيمسخه ‌ثم يعيده يوم القيامة في صورة إنسان، يقول: كما بدأكم تعودون، ثم يدخله النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT merubah rupa banyak makhluk di daratan dan lautan, dan sesungguhnya seorang lelaki boleh bersendirian melakukan perkara yang haram kerana mahu lari daripada manusia, sedangkan dia dalam pemerhatian Allah. Lalu Allah berkata: (Engkau melakukan perbuatan ini) dalam keadaan menghina aku, dan lari daripada pandangan manusia? Lalu Allah merubah rupanya dan mengembalikannya pada hari kiamat dalam rupa manusia dan berfirman: Sebagaimana kamu mula-mula diciptakan, kamu akan dikembalikan kepada rupa asal. Kemudian Allah memasukkan dia ke dalam neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis nombor 3659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الغفور، قال: قال ﷺ: إن الله يمسخ خلقا كثيرا في البر والبحر، وإن الرجل ليخلو بشيء من محارم الله فراراً من الناس، وهو بعين الله، فيقول الله: استهانة بي، وفراراً من الناس؟! ‌فيمسخه ‌ثم يعيده يوم القيامة في صورة إنسان، يقول: كما بدأكم تعودون، ثم يدخله النار.
[البخاري في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (6831)]

(Palsu)
Daripada ‘Abd al-Ghafur telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT merubah rupa banyak makhluk di daratan dan lautan, dan sesungguhnya seorang lelaki boleh bersendirian melakukan perkara yang haram kerana mahu lari daripada manusia, sedangkan dia dalam pemerhatian Allah. Lalu Allah berkata: (Engkau melakukan perbuatan ini) dalam keadaan menghina aku, dan lari daripada pandangan manusia? Lalu Allah merubah rupanya dan mengembalikannya pada hari kiamat dalam rupa manusia dan berfirman: Sebagaimana kamu mula-mula diciptakan, kamu akan dikembalikan kepada rupa asal. Kemudian Allah memasukkan dia ke dalam neraka.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6831]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.