Sebab penurunan ayat al-Baqarah: 274

TEKS BAHASA ARAB

إن هذه الآية: {الذين ينفقون أموالهم بالليل والنهار سراً وعلانية}؛ نزلت في النفقات على الخيل في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ayat yang berikut ini: {Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang dengan cara sulit atau terbuka} [al-Baqarah: 274] telah diturunkan bersempena mereka yang menginfakkan kuda di jalan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis nombor 7667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عريب، قال: إن هذه الآية: {الذين ينفقون أموالهم بالليل والنهار سرا وعلانية}؛ نزلت في النفقات على الخيل في سبيل الله. [طب، طس، ((الضعيفة)) (5356)]

(Palsu)
Daripada ‘Uraib RA berkata: Sesungguhnya ayat yang berikut ini: {Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang dengan cara sulit atau terbuka} [al-Baqarah: 274] telah diturunkan bersempena mereka yang menginfakkan kuda di jalan Allah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5356].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs