TEKS BAHASA ARAB
إن من كرامة المؤمن على الله: نقاء ثوبه، ورضاه باليسير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya di antara (sebab) kemuliaan seorang mukmin di sisi Allah ialah: Bersih pakaiannya dan (sifatnya) yang reda dengan yang sedikit.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1628, hadis nombor 8227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن من كرامة المؤمن على الله: نقاء ثوبه، ورضاه باليسير)). [طب، ((الضعيفة)) (4525)].
(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya di antara (sebab) kemuliaan seorang mukmin di sisi Allah ialah: Bersih pakaiannya dan (sifatnya) yang reda dengan yang sedikit.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4525].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.