Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Seandainya saudaraku Khidir AS masih hidup, nescaya beliau akan menziarahiku

Teks Bahasa Arab

لَوْ كَانَ أَخِي الْخَضِرُ حَيًّا لَزَارَنِي.

Teks Bahasa Melayu

Seandainya saudaraku Khidir AS masih hidup, nescaya beliau akan menziarahiku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 148, hadis no. 251. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له.

Tiada asal baginya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.