Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Seandainya orang yang lintas di hadapan orang yang sedang solat itu tahu

Teks Bahasa Arab

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي؛ لَأَحَبَّ أَنْ يَنْكَسِرَ فَخِذُهُ، وَلَا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ.

Teks Bahasa Melayu

Seandainya orang yang lintas di hadapan orang yang sedang solat itu tahu (akibat perbuatannya), nescaya dia lebih suka agar pahanya patah dan dia tidak lintas di hadapan orang itu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 310, hadis no. 1633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الرحمن بن يزيد بن جابر قال: سمعت عبد الحميد بن عبد الرحمن - عامل عمر بن عبد العزيز -؛ ومر رجل بين يديه وهو يصلي، فجبذه حتى كاد يخرق ثيابه؛ فلما انصرف قال: قال رسول الله - ﷺ -: ((لو يعلم المار بين يدي المصلي؛ لأحب أن ينكسر فخذه، ولا يمر بين يديه)). [ش، ((الضعيفة)) (5220)].

(Munkar) Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, dia berkata: Aku mendengar daripada Abdul Hamid bin Abdul Rahman, pegawai Umar bin Abdul Aziz: Tatkala seorang lelaki melintasi di hadapannya ketika dia sedang menunaikan solat. Lalu dia menariknya hingga hampir terkoyak bajunya. Ketika dia beredar, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Seandainya orang yang lintas di hadapan orang yang sedang solat itu tahu (akibat perbuatannya), nescaya dia lebih suka agar pahanya patah dan dia tidak lintas di hadapan orang itu.” [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam Musannaf Ibn Abi Shaybah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5220].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.