Seandainya kalian mengetahui hakikat meminta-minta

TEKS BAHASA ARAB

لو تعلمون ما في المسألة؛ ما مشى أحد إلى أحد يسأله شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seandainya kalian mengetahui hakikat meminta-minta, pasti tidak ada seorang pun yang akan pergi kepada seorang yang lain untuk meminta-minta sesuatu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 884, hadis nombor 4541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائذ بن عمرو: أن رجلا أتى النبي -صلى الله عليه وسلم- فسأله: فأعطاه فلما وضع رجله على أسكفة الباب قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (لو تعلمون ما في المسألة؛ ما مشى أحد إلى أحد يسأله شيئا). [ن، ((الضعيفة)) (4355)]

(Lemah)
Daripada ‘Aiz bin Amru: Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan meminta sesuatu daripada baginda lalu baginda memberi kepadanya. Apabila dia meletakkan kaki di muka pintu, Rasulullah SAW bersabda: Seandainya kalian mengetahui hakikat meminta-minta, pasti tidak ada seorang pun yang akan pergi kepada seorang yang lain untuk meminta-minta sesuatu.
[Riwayat Sunan al-Nasaie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4355]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs