TEKS BAHASA ARAB
لو كان الأرز رجلا لكان حليما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seandainya beras itu seorang lelaki, nescaya dia adalah seorang yang lemah-lembut.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 148, hadis nombor 252. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع قاله ابن القيم وتبعه العسقلاني.
Palsu, pendapat Ibn al-Qayyim dan diikuti oleh al-Asqalani.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.