Seandainya beras adalah seorang lelaki, dia pastinya seseorang yang sangat lembut

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو كان الأرز رجلا لكان حليما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Seandainya beras adalah seorang lelaki, dia pastinya seseorang yang sangat lembut.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 153, hadis nombor 451. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لَو كَانَ الْأرز رجلا لَكَانَ حَلِيمًا. قَالَ ابْن قيم الجوزية: هُوَ من السمج الْبَارِد، وَقَالَ ابْن حجر: مَوْضُوع، وَإِن كَانَ يجْرِي على الْأَلْسِنَة.
وَفِي بعض الرِّوَايَات يُزَاد: مَا أكله جَائِع إِلَّا شبع. قَالَ بعض الْحفاظ: كل أَحَادِيث الْأرز مَوْضُوعَة.

Hadith: “Seandainya beras adalah seorang lelaki, dia pastinya seseorang yang sangat lembut.”
Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Ucapan mengarut. Ibn Hajar berkata: Palsu meskipun sering disebutkan orang ramai. Dalam sesetengah riwayat terdapat tambahan: Tidaklah ia dimakan oleh orang yang lapar, melainkan dia akan kenyang. Sesetengah huffaz berkata: Kesemua hadith tentang beras adalah palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs