Seakan-akan sekalian makhluk belum pernah mendengar al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

كأن الخلق لم يسمعوا القرآن؛ حين يسمعونه من الرحمن يتلوه عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seakan-akan sekalian makhluk belum pernah mendengar al-Qur’an ketika mereka mendengar al-Qur’an daripada al-Rahman (pada hari Kiamat) yang Dia bacakan kepada mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1458, hadis nombor 7418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((كأن الخلق لم يسمعوا القرآن؛ حين يسمعونه من الرحمن يتلوه عليهم)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3282)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Seakan-akan sekalian makhluk belum pernah mendengar al-Qur’an ketika mereka mendengar al-Qur’an daripada al-Rahman (pada hari Kiamat) yang Dia bacakan kepada mereka.
[Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3282].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs