Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كأنَّ الخَلْقَ لم يسمعوا القرآنَ حين يَسْمَعُونَه من الرحمنِ يَتْلُوه عليهم.
Teks Bahasa Melayu
Seakan-akan sekalian makhluk belum pernah mendengar al-Qur'an ketika mereka mendengar al-Qur'an daripada al-Rahman (pada hari Kiamat) yang Dia bacakan kepada mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1458, hadis no. 7418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((كأن الخلق لم يسمعوا القرآن؛ حين يسمعونه من الرحمن يتلوه عليهم)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3282)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Seakan-akan sekalian makhluk belum pernah mendengar al-Qur'an ketika mereka mendengar al-Qur'an daripada al-Rahman (pada hari Kiamat) yang Dia bacakan kepada mereka. [Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3282].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman