Seakan-akan kamu termasuk ahli Badar dan Hunain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: كأنك من أهل بدر وحنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seakan-akan kamu termasuk ahli Badar dan Hunain.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 136, hadis nombor 380. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو كلام يقال لمن يتساهل فيما لا يحل، وليس بحديث.

Ia merupakan ucapan yang diucapkan kepada orang yang mengambil mudah perkara yang tidak dihalalkan (berdusta), ia bukan hadith.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.