Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Seakan-akan kamu masih berada di dunia sedangkan tidak

Teks Bahasa Arab

كأنك بالدنيا ولم تكن وبالآخرة ولم تزل.

Teks Bahasa Melayu

Seakan-akan kamu masih berada di dunia sedangkan tidak, dan seakan-akan kamu berada di akhirat sedangkan kamu belum lagi berada di akhirat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 68, hadis no. 277. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من كلام عمر بن عبد العزيز.

Ia bersumberkan ucapan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.