Seakan-akan aku melihat ke arah segarnya daging Zaid pada gigi-gigi kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كأني أنظر إلى خضرة لحم زيد في أسنانكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seakan-akan aku melihat ke arah segarnya daging Zaid pada gigi-gigi kamu.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 883, hadis nombor 4536. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن زيد – رضي الله عنه – قال: بينما رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جالس مع أصحابه يحدثهم إذ قام فدخل، فقام زيد فجلس في مجلس النبي – صلى الله عليه وسلم -، وجعل يحدثهم عن النبي – صلى الله عليه وسلم -، إذ مر بلحم هدية إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال القوم لزيد – وكان أحدثهم سناً -: يا أبا سعيد! لو قمت إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فأقرأته منا السلام وتقول له: يقول لك أصحابك: إن رأيت أن تبعث إليناً من هذا اللحم، فقال: ((ارجع إليهم فقد أكلوا لحماً بعدك!)) فجاء زيد، فقال: قد بلغت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((ارجع إليهم فقد أكلوا لحماً بعدك))، فقال القوم: ما أكلنا لحماً، وإن هذا لأمر حدث، فانطلقوا بنا إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – نسأله ما هذا؟ فجاؤوا إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقالوا: يا رسول الله! أرسلنا إليك في اللحم الذي جاءك، فزعم زيد أنهم قد أكلوا لحماً، فو الله! ما أكلنا لحماً، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كأني أنظر إلى خضرة لحم زيد في أسنانكم)). فقالوا: أي رسول الله! فاستغفر لنا، قال: فاستغفر لهم. [ك، ((الضعيفة)) (4084)].

(Sangat Lemah)
Daripada Zaid RA beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat baginda sambil berbual dengan mereka, tiba-tiba baginda bangun dan masuk ke rumah baginda. Lalu Zaid pun bangun dan duduk di tempat Nabi SAW dan beliau pun bercerita kepada mereka tentang Nabi SAW. Bahawa beliau datang membawa daging sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW, lalu salah seorang daripada mereka berkata kepada Zaid -dan beliau adalah yang paling muda dalam kalangan mereka-: Wahai Abu Sa‘id, sekiranya kamu pergi kepada Nabi SAW, kau sampaikan salam kami kepada baginda, dan kau ucapkan kepadanya: Para sahabatmu mengatakan: Sekiranya kamu berpendapat untuk menghantar daging ini kepada kami. Maka baginda berkata: “Pergilah kepada mereka; sesungguhnya mereka telah memakan daging selepas kamu!”. Kemudian Zaid pun datang, lalu beliau berkata: Aku telah sampaikan kepada Rasulullah SAW, maka Baginda bersabda: “Pergilah kepada mereka. Sesungguhnya mereka telah memakan daging selepas kamu”. Kemudian mereka berkata: Kami tidak pernah memakan daging. Sesungguhnya, ini merupakan perkara yang baharu. Lalu mereka pun bergerak menuju kepada Rasulullah SAW bersama kami untuk kami bertanya kepada baginda tentang isu ini. Mereka datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami telah menghantar kepadamu daging yang sampai kepadamu. Zaid menyangka bahawa mereka telah memakan daging. Demi Allah, kami sesekali tidak memakan daging itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Aku seakan-akan melihat ke arah segarnya daging Zayd pada gigi kamu”. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, maka mintalah keampunan buat kami. Beliau berkata: Lalu baginda SAW pun memohon keampunan buat mereka.
[Riwayat al-Hākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4084]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.