Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كأني أنظرُ إلى خُضْرَةِ لَحْمِ زيدٍ في أسنانِكم.
Teks Bahasa Melayu
Seakan-akan aku melihat ke arah hijaunya daging Zaid pada gigi-gigi kamu.
Sahabat Perawi
- Zaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 76, hadis no. 367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Zayd RA beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat baginda sambil berbual dengan mereka, tiba-tiba baginda bangun dan masuk ke rumah baginda. Lalu Zayd pun bangun dan duduk di tempat Nabi SAW dan beliau pun bercerita kepada mereka tentang Nabi SAW. Bahawa beliau datang membawa daging sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW, lalu salah seorang daripada mereka berkata kepada Zayd -dan beliau adalah yang paling muda dalam kalangan mereka-: Wahai Abu Sa‘id, sekiranya kamu pergi kepada Nabi SAW, kau sampaikan salam kami kepada baginda, dan kau ucapkan kepadanya: Para sahabatmu mengatakan: Sekiranya kamu berpendapat untuk menghantar daging ini kepada kami. Maka baginda berkata: “Pergilah kepada mereka; sesungguhnya mereka telah memakan daging selepas kamu!”. Kemudian Zayd pun datang, lalu beliau berkata: Aku telah sampaikan kepada Rasulullah SAW, maka Baginda bersabda: “Pergilah kepada mereka. Sesungguhnya mereka telah memakan daging selepas kamu”. Kemudian mereka berkata: Kami tidak pernah memakan daging. Sesungguhnya, ini merupakan perkara yang baharu. Mari kita bergerak menuju kepada Rasulullah SAW untuk kita bertanya kepada baginda tentang isu ini. Mereka datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami datang kepadamu berkaitan daging yang sampai kepadamu. Zayd menyangka bahawa mereka telah memakan daging. Demi Allah, kami sesekali tidak memakan daging itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Aku seakan-akan melihat ke arah hijaunya daging Zayd pada gigi kamu”. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, maka mintalah keampunan buat kami. Beliau berkata: Lalu baginda SAW pun memohon keampunan buat mereka. [Riwayat al-Ḥakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4084].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman