Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الفضائلِ أن تَصِلَ مَن قطعكَ، وتُعْطِيَ مَن حرمكَ، وتَصْفَحَ عَمَّن ظلمكَ.
Teks Bahasa Melayu
Seafdal-afdal kebaikan adalah kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, serta kamu berpaling daripada mereka yang menzalimi kamu.
Sahabat Perawi
- Muaz bin Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 45, hadis no. 179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أفضل الفضائل أن تصل من قطعك، وتعطي من حرمك، و تصفع عمن ظلمك)). [حم، طب، القضاعي، ((الضعيفة)) (2604، 2856)]
(Daif) Daripada Mu‘az Ibn Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Seafdal-afdal kebaikan adalah kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, serta kamu berpaling daripada mereka yang menzalimi kamu. [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2604, 2856]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman