Saya sentiasa menyukai labah-labah semenjak saya mengetahui Rasulullah SAW menyukainya

TEKS BAHASA ARAB

لا أزال أحب العنكبوت منذ رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أحبها وقال: جزى الله عز وجل العنكبوت عنا خيرا فإنها نسجت علي وعليك يا أبا بكر في الغار حتى لم يرنا المشركون ولم يصلوا إلينا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya sentiasa menyukai labah-labah semenjak saya mengetahui Rasulullah SAW menyukai. Baginda SAW pernah bersabda: Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada labah-labah. Ia telah membuat sarang untukku dan untukmu, wahai Abu Bakr ketika di Gua Thur sehinggakan orang musyrikin tidak melihat dan menangkap kita.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1039, hadis nombor 5317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) قال أبو بكر الصديق رضي الله عنه: لا أزال أحب العنكبوت منذ رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أحبها وقال: جزى الله عز وجل العنكبوت عنا خيرا فإنها نسجت علي وعليك يا أبا بكر في الغار حتى لم يرنا المشركون ولم يصلوا إلينا. [فر، الضعيفة (1189)]

(Munkar) Abu Bakr al-Siddiq RA berkata: Saya sentiasa menyukai labah-labah semenjak saya mengetahui Rasulullah SAW menyukai. Baginda SAW pernah bersabda: Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada labah-labah. Ia telah membuat sarang untukku dan untukmu, wahai Abu Bakr ketika di Gua Thur sehinggakan orang musyrikin tidak melihat dan menangkap kita. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1189]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs