Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا أَزَالُ أُحِبُّ العَنْكَبُوتَ مُنْذُ رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُحِبُّهَا وَقَالَ: جَزَى اللهُ عَزَّ وَجَلَّ العَنْكَبُوتَ عَنَّا خَيْرًا فَإِنَّهَا نَسَجَتْ عَلَيَّ وَعَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرٍ فِي الْغَارِِ حَتَّى لَمْ يَرَنَا المُشْرِكُونَ وَلَمْ يَصِلُوا إِلَيْنَا.
Teks Bahasa Melayu
Saya sentiasa menyukai labah-labah semenjak saya mengetahui Rasulullah SAW menyukai. Baginda SAW pernah bersabda: Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada labah-labah. Ia telah membuat sarang untukku dan untukmu, wahai Abu Bakr ketika di Gua Thur sehinggakan orang musyrikin tidak melihat dan menangkap kita.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1039, hadis no. 5317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) قال أبو بكر الصديق رضي الله عنه: لا أزال أحب العنكبوت منذ رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أحبها وقال: جزى الله عز وجل العنكبوت عنا خيرا فإنها نسجت علي وعليك يا أبا بكر في الغار حتى لم يرنا المشركون ولم يصلوا إلينا. [فر، الضعيفة (1189)]
(Munkar) Abu Bakr al-Siddiq RA berkata: Saya sentiasa menyukai labah-labah semenjak saya mengetahui Rasulullah SAW menyukai. Baginda SAW pernah bersabda: Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada labah-labah. Ia telah membuat sarang untukku dan untukmu, wahai Abu Bakr ketika di Gua Thur sehinggakan orang musyrikin tidak melihat dan menangkap kita. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1189]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman