Saya pernah tinggal di antara dua jiran yang jahat

TEKS BAHASA ARAB

كنت بين شر جارين بين أبي لهب وعقبة بن أبي معيط إن كانا ليأتيان بالفروث فيطرحانها على بابي حتى إنهم ليأتون ببعض ما يطرحونه من الأذى فيطرحونه على بابي. فيخرج به رسول الله صلى الله عليه وسلم فيقول: يا بني عبد مناف أي جوار هذا! ثم يلقيه بالطريق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya pernah tinggal di antara dua jiran yang jahat; Abu Lahab dan ‘Uqbah bin Abu Mu‘ait. Sekiranya mereka membuang najis, mereka akan membuangnya di pintu saya. Malah mereka juga datang membawa kotoran dan melemparkannya ke pintu rumah saya. Maka Rasulullah SAW bawa itu semua keluar, sambil berkata: wahai keturunan ‘Abd Manaf, jiran jenis apakah ini? Kemudian Baginda meletakkan ia di tepi jalan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1056, hadis nombor 5402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: كنت بين شر جارين، بين أبي لهب وعقبة بن أبي معيط إن كانا ليأتيان بالفروث فيطرحانها على بابي حتى إنهم ليأتون ببعض ما يطرحونه من الأذى فيطرحونه على بابي. فيخرج به رسول الله صلى الله عليه وسلم فيقول: يا بني عبد مناف أي جوار هذا! ثم يلقيه بالطريق. [ ابن سعد، الضعيفة (4151)]

[Palsu] Daripada ‘Aishah RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Saya pernah tinggal di antara dua jiran yang jahat; Abu Lahab dan ‘Uqbah bin Abu Mu‘ait. Sekiranya mereka membuang najis, mereka akan membuangnya di pintu saya. Malah mereka juga datang membawa kotoran dan melemparkannya ke pintu rumah saya. Maka Rasulullah SAW bawa itu semua keluar, sambil berkata: wahai keturunan ‘Abd Manaf, jiran jenis apakah ini? Kemudian Baginda meletakkan ia di tepi jalan. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4151]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.