Saya pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan haji

TEKS BAHASA ARAB

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجته وهو واقف على راحلته وهو يقول: والله إنك لخير الأرض وأحب الأرض إلى الله، ولولا أني أخرجت منك ما خرجت. قال: فقلت: يا ليتنا لم نفعل فارجع إليها فإنها منبتك ومولدك، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني سألت ربي عز وجل فقلت: اللهم إنك أخرجتني من أحب أرضك إلي فأنزلني أحب الأرض إليك، فأنزلني المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan haji, baginda berada atas tunggangan baginda sambil berucap: Demi Allah, sesungguhnya dikau (Mekah) merupakan bumi yang paling baik, dan paling dicintai Allah. Seandainya bukan kerana aku dikeluarkan dari dikau, aku tidak akan keluar.
Saya berkata: alangkah baiknya jika kami tidak lalukannya dulu (menghalau baginda). Kekal lah ke Mekah, kerana ia ialah tempat anda membesar dan dilahirkan.
Rasulullah SAW bersabda: Saya pernah berdoa kepada Allah, Wahai Allah, sesungguhnya Engkau mengeluarkan daku dari bumi yang paling daku cintai. Maka berikan daku tinggal di bumi yang paling Engkau cintai, lalu Dia memberikan saya tinggal di Madinah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1039, hadis nombor 5315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحارث بن هشام قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجته، وهو واقف على راحلته، وهو يقول: والله إنك لخير الأرض وأحب الأرض إلى الله ولولا أني أخرجت منك ما خرجت. قال: فقلت: يا ليتنا لم نفعل، فارجع إليها فإنها منبتك ومولدك فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني سألت ربي عز وجل فقلت: اللهم إنك أخرجتني من أحب أرضك إلي فأنزلني أحب الأرض إليك، فأنزلني المدينة. [ك، الضعيفة (1445)]

(Palsu) Daripada al-Harith bin Hisham, beliau menceritakan: Saya pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan haji, baginda berada atas tunggangan baginda sambil berucap: Demi Allah, sesungguhnya dikau (Mekah) merupakan bumi yang paling baik, dan paling dicintai Allah. Seandainya bukan kerana aku dikeluarkan dari dikau, aku tidak akan keluar. Saya berkata: alangkah baiknya jika kami tidak lalukannya dulu (menghalau baginda). Kekallah ke Mekah, kerana ia ialah tempat anda membesar dan dilahirkan.
Rasulullah SAW bersabda, Saya pernah berdoa kepada Allah, Wahai Allah, sesungguhnya Engkau mengeluarkan daku dari bumi yang paling daku cintai. Maka berikan daku tinggal di bumi yang paling Engkau cintai, lalu Dia memberikan saya tinggal di Madinah. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1445]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs