Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدَّثَنا محمَّدُ بنُ مالكٍ، قال: رَأَيتُ على البَراءِ خاتَمًا مِن ذَهبٍ، وكان النَّاسُ يقولونَ له: لِمَ تَختَّمُ بالذَّهبِ، وقد نَهى عنه النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ؟ فقال البَراء: بينا نحن عندَ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وبيْنَ يدَيه غَنيمةٌ يَقسِمُها، سَبْيٌ وخُرْثِيٌّ، قال: فقَسَمَها حتى بَقيَ هذا الخاتَمُ، فرَفَعَ طَرْفَه فنَظَرَ إلى أصحابِه، ثُمَّ خَفَضَ، ثُمَّ رَفَعَ طَرْفَه فنَظَرَ إليهم، ثُمَّ خَفَضَ، ثُمَّ رَفَعَ طَرْفَه فنَظَرَ إليهم، ثُمَّ قال: أيْ بَراءُ، فجِئتُه حتى قَعَدتُ بين يدَيه، فأخَذَ الخاتَمَ فقَبَضَ على كُرسوعي، ثُمَّ قال: خُذِ البَسْ ما كَساكَ اللهُ ورسولُه، قال: وكان البَراءُ يقولُ: كيف تَأمُروني أنْ أضَعَ ما قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: البَسْ ما كَساكَ اللهُ ورسولُه؟!
Teks Bahasa Melayu
Saya pernah melihat al-Barra’ memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Lantas, manusia pun mengatakan kepada beliau: “Mengapa anda memakai cincin yang diperbuat daripada emas? Sedangkan Nabi SAW telah melarang perkara tersebut?” Maka, al-Barra’ berkata: “Ketika kami masih berasa bersama Rasulullah SAW, di samping Baginda ada harta rampasan perang yang Baginda sedang agihkan, berupa segala harta yang dirampas serta perhiasan yang diperoleh daripada rumah yang mewah.” (al-Barra’) berkata: “Rasulullah pun mengagihkannya hingga cincin emas ini sahaja yang masih tersisa, maka Baginda mengangkat cincin ini seraya melihat sekalian sahabat Baginda, kemudian Baginda menurunkannya, kemudian Baginda mengangkat lagi hujung cincin ini kepada mereka, kemudian Baginda menurunkannya semula, kemudian Baginda mengangkatnya lagi dan memandang mereka (dalam sebuah riwayat yang lain, Baginda berkata: “Pada pendapat kalian, siapa yang paling layak berhak mendapatkan cincin ini?”) Kemudian Baginda sendiri berkata: “(Ini milik) al-Barra’!” Lantas aku pun mendatangi Baginda, hingga aku duduk di hadapan Baginda, dan aku pun mengambil cincin tersebut kemudian Baginda menggenggam pergelangan tanganku seraya bersabda: “Ambillah cincin ini, pakailah apa yang Allah dan Rasul-Nya telah pakaikan buatmu.” (Muhammad bin Malik) berkata: “Kemudian al-Barra’ berkata: “Bagaimana kalian boleh menyuruh aku untuk mencabut sesuatu yang telah Rasulullah katakan: “Pakailah apa yang Allah dan Rasul-Nya telah pakaikan buatmu?!”
Sahabat Perawi
- Muhammad bin Malik
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1032, hadis no. 5290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Muhammad bin Malik: Saya pernah melihat al-Barra’ memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Lantas, manusia pun mengatakan kepada beliau: “Mengapa anda memakai cincin yang diperbuat daripada emas? Sedangkan Nabi SAW telah melarang perkara tersebut?” Maka, al-Barra’ berkata: “Ketika kami masih berasa bersama Rasulullah SAW, di samping Baginda ada harta rampasan perang yang Baginda sedang agihkan, berupa segala harta yang dirampas serta perhiasan yang diperoleh daripada rumah yang mewah.” (al-Barra’) berkata: “Rasulullah pun mengagihkannya hingga cincin emas ini sahaja yang masih tersisa, maka Baginda mengangkat cincin ini seraya melihat sekalian sahabat Baginda, kemudian Baginda menurunkannya, kemudian Baginda mengangkat lagi hujung cincin ini kepada mereka, kemudian Baginda menurunkannya semula, kemudian Baginda mengangkatnya lagi dan memandang mereka (dalam sebuah riwayat yang lain, Baginda berkata: “Pada pendapat kalian, siapa yang paling layak berhak mendapatkan cincin ini?”) Kemudian Baginda sendiri berkata: “(Ini milik) al-Barra’!” Lantas aku pun mendatangi Baginda, hingga aku duduk di hadapan Baginda, dan aku pun mengambil cincin tersebut kemudian Baginda menggenggam pergelangan tanganku seraya bersabda: “Ambillah cincin ini, pakailah apa yang Allah dan Rasul-Nya telah pakaikan buatmu.” (Muhammad bin Malik) berkata: “Kemudian al-Barra’ berkata: “Bagaimana kalian boleh menyuruh aku untuk mencabut sesuatu yang telah Rasulullah katakan: “Pakailah apa yang Allah dan Rasul-Nya telah pakaikan buatmu?!” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Abu Ya'la dalam Musnad beliau dan al-Tahawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6610].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman