Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Saya orang Arab pertama yang masuk ke dalam syurga

Teks Bahasa Arab

أَنَا سَابِقُ العَرَبِ إِلَى الجَنَّةِ، وَصُهَيْبٌ سَابِقُ الرُّومِ إِلَى الجَنَّةِ، وَبِلَالٌ سَابِقُ الحَبْشَةَ إِلَى الْجَنَّةِ، وَسَلْمَانُ سَابِقُ فَارِسٍ إِلَى الجَنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Saya orang Arab pertama yang masuk ke dalam syurga, Suhaib orang Rom pertama yang masuk ke dalam syurga, Bilal orang Habsyah pertama yang masuk ke dalam syurga dan Salman orang Parsi pertama yang masuk ke dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah al-Bahili RA
  2. Anas bin Malik RA
  3. Ummu Hani’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1049, hadis no. 5363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف): أنا سابق العرب إلى الجنة، وصهيب سابق الروم إلى الجنة، وبلال سابق الحبشة إلى الجنة، وسلمان سابق فارس إلى الجنة. روي من حديث أبي أمامة الباهلي، وأنس بن مالك، وأم هانئ -رضي الله عنهم-، والحسن البصري مرسلا. [طص، طس، ابن عساكر، عد، البزار، ك، حل، أبو نعيم في أخبار أصبهان، طب، ابن سعد، العراقي في محجة القرب، الضعيفة (2953)]

[Lemah] Saya orang Arab pertama yang masuk ke dalam syurga, Suhaib orang Rom pertama yang masuk ke dalam syurga, Bilal orang Habsyah pertama yang masuk ke dalam syurga dan Salman orang Parsi pertama yang masuk ke dalam syurga.. Hadis ini direkodkan daripada Abu Umamah al-Bahili RA, Anas bin Malik RA, Ummu Hani’ RA dan al-Hasan al-Basri secara mursal. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Saghir, al-Awsat dan al-Kabir, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’ dan Akhbar Asbahan, Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat dan al-‘iraqi dalam Mahajjat al-Qurab. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2953]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.